“Auni Bangga Dengan Ayah” – Bapa Terharu Anak Pakai Baju Kerja Join Hari Kanak-Kanak Sekolah

6 Dec 2022 • 10:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Beberapa hari yang lalu, tular mengenai satu video seorang kanak-kanak yang menangis kerana malu untuk menaiki kereta jenis Proton Iswara.

Lebih menghiburkan ialah, dapat kedengaran kata-kata si kecil itu yang mahu membuang kereta tersebut ke dalam tong sampah ketika bapanya tidur.

Tak nak pakai baju lain, nak pakai baju kerja ayah ke Hari Kanak-Kanak sekolah

Namun begitu, lain pula bagi seorang kanak-kanak perempuan ini apabila dia begitu bangga dengan pekerjaan bapanya yang bekerja sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

@md_anuar Hari kanak2 sedunia.tema Kerjaya.aku suruh dia cari baju lain dia pilih baju kerjaya ayah jugak .alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal….#anaksekolah #kerjaya #harikanakkanaksedunia #fyp ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia

Menerusi video yang dimuat naik Mohd Anuwar di TikTok, dia meminta anaknya yang bernama Auni itu untuk mengenakan pakaian lain sempena Hari Kanak-Kanak sekolah yang bertemakan kerjaya.

Namun, anaknya tetap bangga dan memilih untuk memakai pakaian kerjanya ke sambutan tersebut.

Hari Kanak-Kanak sedunia. tema kerjaya. Aku suruh dia cari baju lain, dia pilih baju kerjaya ayah juga.

Alahai anak, dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan kanak-kanak itu yang begitu berbangga dengan pekerjaan bapanya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok Shafina Nabilah | TikTok md_nuar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media