Aura padang naikkan belang Harimau Malaya

30 Mar 2023 • 6:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain Harimau Malaya, Faisal Halim semasa memperdayakan penjaga gol Hong Kong untuk gol kedua Malaysia pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa.

FAKTOR permukaan padang Stadium Sultan Ibrahim telah memacu skuad Harimau Malaya meraih dua kemenangan ke atas Turkmenistan dan Hong Kong dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Legenda Harimau Malaya, Safee Sali berkata, gelanggang keramat juara sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) itu telah melonjakkan prestasi skuad kendalian Kim Pan-gon dalam persiapan mengharungi kempen pusingan akhir Piala Asia 2023 di Qatar pada tahun depan.

“Ya, sejujurnya sememangnya terdapat perubahan dari segi persembahan pasukan terutamanya bahagian serangan khasnya tekanan dari bahagian depan.

“Malah keserasian dalam kalangan setiap pemain pada perlawanan menentang Turkmenistan dan Hong Kong juga semakin baik.

“Namun perkara yang paling penting adalah keadaan padang baik. Jika padang tidak baik, sejujurnya adalah amat sukar untuk pemain kita bermain pada tahap terbaik.

“Jadi dengan kelebihan padang berkualiti di Stadium Sultan Ibrahim, pasukan negara mampu pergi lebih jauh,” katanya yang juga Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) selepas majlis berbuka puasa anjuran persatuan itu pada Rabu.

Anak buah Pan-gon memulakan perlawanan di bumi Harimau Selatan itu dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Turkmenistan, 1-0, 23 Mac sebelum mengatasi Hong Kong, 2-0 pada Selasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved