Australia: Jualan kenderaan elektrik meningkat 65% dalam tempoh 12 bulan

Cars
14 Oct 2022 • 4:57 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

CANBERRA: Jualan kenderaan elektrik di Australia meningkat 65 peratus sejak 12 bulan lepas, lapor Xinhua.

Menurut Laporan Kenderaan Elektrik Negara terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Kenderaan Elektrik (EVC) pada Jumaat, kenderaan elektrik (EV) menyumbang 3.39 peratus daripada semua jualan kereta baharu Australia dalam tempoh 12 bulan hingga September.

Ia mewakili peningkatan sebanyak 65 peratus daripada 2021, apabila 2.05 peratus daripada kereta baharu yang dijual di Australia adalah jenis EV.

Dalam tempoh yang sama, bilangan lokasi pengecas pantas dan ultra pantas awam di seluruh Australia meningkat sebanyak 22 peratus kepada 350.

Wilayah Ibu Negara Australia (ACT) menerajui peralihan negara kepada pengangkutan elektrik, dengan EV menyumbang 9.5 peratus daripada semua jualan kereta baharu berbanding 0.8 peratus di Wilayah Utara (NT).

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan Australia masih jauh dalam mengejar jualan EV di seluruh dunia.

“Ia sangat baik untuk melihat begitu banyak momentum di sebalik jualan EV di Australia, tetapi jumlahnya hanya 3.4 peratus. Jerman berada pada 26 peratus, UK pada 19 peratus, dan California pada 13 peratus. Purata global ialah 8.6 peratus dan perjalanan Australia masih jauh,“ kata Ketua Dasar EVC Jake Whitehead dalam satu kenyataan media.

“Menerusi penyelidikan, kami sedar bahawa rakyat Australia berminat untuk memandu kenderaan EV, tetapi mereka tidak mendapat akses seperti pasaran lain. Australia agak ketinggalan dalam dasar EV dan perlu memikirkan sesuatu sebagai pengeluar EV global. Jadi pengguna Australia mempunyai rangkaian EV yang lebih kecil untuk pilihan dan mereka juga terpaksa menunggu selama beberapa bulan atau bahkan bertahun-tahun untuk menerima penghantaran kenderaan baharu,“ tambahnya.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved