Australia Naikkan Denda Gagal Halang Pengguna Media Sosial Bawah Umur Ke AUD$99 Juta

WorldTechnology
29 Jun 2026 • 9:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Australia menjadi negara pertama di dunia mengharamkan pengguna bawah 16 tahun daripada mengakses media sosial. Ini tidak terhad kepada Facebook, Snap dan Instagram tetapi juga meliputi platform penstriman video seperti YouTube. Semalam Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengatakan Australia akan meningkatkan denda maksimum ke atas pemilik platform ke AUD$ 99 juta (~RM 278 juta) sekiranya gagal mematuhi undang-undang.

Image from: Australia Naikkan Denda Gagal Halang Pengguna Media Sosial Bawah Umur Ke AUD$99 Juta

Ini hampir dua kali ganda denda asal AUD$49.5 juta (~RM 139 juta) yang diumumkan tahun lalu. Peningkatan hampir dua kali ganda ini adalah disebabkan wujud laporan halangan ke atas pengguna bawah 16 tahun di Australia pada waktu ini gagal dikuatkuasakan.

Albanese turut mengumumkan Pesuruhjaya eKeselamatan Austrlia sedang aktif menyiasat kegagalan Facebook, Instagram, Snapchat, TikTok dan YouTube untuk mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa sejak 10 Disember 2025.

Di Malaysia platform yang gagal menghalang akses pengguna bawah 16 tahun boleh didenda RM10 juta (~ AUD$ 2.54 juta) menurut Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) yang termaktub dalam Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) sejak 1 Jun 2026 lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved