Australia: Rakat Malaysia antara 4 ditahan dalam serbuan, 600 kg meth dirampas

12 Oct 2023 • 4:07 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SYDNEY: Polis Australia menahan empat lelaki selepas 662 kilogram methamphetamine ditemukan disembunyi dalam bungkusan gulungan tisu tandas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis Pasukan Sempadan Australia pada Khamis berkata bungkusan itu baru tiba di Melbourne melalui kargo laut dari Malaysia pada 4 Okt.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan 622 bungkusan teh emas dan hijau, dengan setiap satu seberat satu kilogram yang disembunyikan dalam palet kertas tandas.

Dadah yang dirampas itu dianggarkan hampir AU$560 juta (US$359 juta).

Dua warga China berusia 33 tahun, seorang warga Malaysia, 34, dan warga Hong Kong, 32, ditahan pada Rabu.

Polis berkata dua daripada lelaki itu ditahan di lapangan terbang ketika cuba meninggalkan Australia secara berasingan.

Kesemua lelaki itu didakwa memiliki kuantiti komersial dadah terkawal yang membawa hukuman penjara maksimum seumur hidup. -Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved