Australia sumbang dana RM9 juta untuk program Covid-19 - KKM

LocalPolitics
16 Feb 2023 • 9:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) merakamkan penghargaan kepada kerajaan Australia atas pendanaan RM9 juta untuk program Covid-19 negara.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini berkata, pendanaan berkenaan adalah melalui Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

"KKM amat mengalu-alukan kerjasama, terutama dalam bidang penyelidikan kesihatan,” katanya.

Hari ini, beliau menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee di Parlimen, sewaktu sesi rehat sidang mesyuarat.

Katanya pertemuan itu membincangkan isu dan hala tuju berkait dengan sektor kesihatan serta kerjasama erat antara Australia dan Malaysia dalam bidang kesihatan.

"Pertemuan sebegini merupakan satu usaha mengukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala yang bakal memberi manfaat bersama,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved