Australia Tawar Pengangkutan Awam Percuma, Ini Antara Langkah Negara Lain Tangani Krisis Bahan Api

WorldBusiness & Finance
31 Mar 2026 • 11:21 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Australia Tawar Pengangkutan Awam Percuma, Ini Antara Langkah Negara Lain Tangani Krisis Bahan Api

Konflik Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz telah menyebabkan kos bahan api meningkat mendadak sepanjang bulan lalu.

Seperti yang diketahui, laluan itu menyalurkan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dan gas asli dunia.

Dengan gangguan yang dijangka memberi kesan berpanjangan terhadap harga, kerajaan di seluruh dunia telah mula memperkenalkan langkah-langkah bagi mengehadkan kesannya kepada pengguna dan ekonomi.

Berikut ialah ringkasan inisiatif yang telah diperkenalkan setakat ini, menurut BBC.

United Kingdom

Di United Kingdom, walaupun sebahagian besar penjanaan elektrik negara itu bergantung pada gas asli dan sumber tenaga boleh diperbaharui, harga petrol telah mencapai paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan susulan kenaikan harga minyak global, menurut organisasi automotif RAC.

image is not available

Kerajaan menyatakan pihaknya bersedia untuk campur tangan sekiranya terdapat tanda-tanda penjual petrol mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan berlebihan daripada krisis tersebut, suatu dakwaan yang dinafikan oleh Petrol Retailers Association.

Sementara itu, isi rumah berpendapatan rendah yang menggunakan minyak pemanas akan layak menerima bantuan daripada pakej bernilai £53 juta bagi membantu menampung kos.

China

Sebagai pembeli minyak terbesar di dunia, China telah lama bersiap sedia menghadapi kejutan bekalan di Teluk dengan membina simpanan stok minyak.

Sepanjang beberapa tahun, Beijing memanfaatkan harga minyak mentah yang lebih rendah serta bekalan yang melimpah dari negara-negara Teluk untuk membentuk salah satu rizab minyak terbesar di dunia.

image is not available

Ia dianggarkan sekitar 900 juta tong menurut beberapa anggaran. Namun, jumlah tersebut hanya mencukupi kira-kira tiga bulan importnya.

Bagi memastikan harga domestik kekal terkawal, pihak berkuasa China dilaporkan telah mengarahkan kilang penapis minyaknya untuk menghentikan eksport bahan api buat sementara waktu.

India

Kementerian Petroleum memberitahu pihaknya telah menjamin bekalan minyak mentah untuk tempoh 60 hari akan datang serta menggesa orang ramai supaya tidak melakukan pembelian panik.

Hampir separuh daripada import minyak mentah India, bersama sebahagian besar penghantaran gas asli cecair dan gas petroleum, lazimnya melalui Selat Hormuz.

Ireland

Manakala di Ireland, cukai ke atas petrol dan diesel telah dipotong sebagai sebahagian daripada beberapa langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengurangkan kos tenaga.

Di bawah pakej bernilai €235 juta, penggantungan levi oleh Agensi Rizab Minyak Negara (NORA) turut membantu menurunkan harga minyak pemanas rumah.

image is not available

Langkah-langkah tersebut turut merangkumi pemotongan eksais ke atas diesel hijau termasuk cukai nilai tambah (VAT), manakala bayaran pemanasan kepada penerima bantuan kebajikan sosial akan dilanjutkan selama empat minggu.

Australia

Di Australia, pengangkutan awam akan dijadikan percuma di dua negeri sebagai usaha menggalakkan orang ramai agar tidak memandu kenderaan persendirian.

Perjalanan menggunakan kereta api, trem dan bas di Victoria akan percuma bermula hari Selasa dan sepanjang bulan April, manakala pengguna di Tasmania tidak perlu membayar tambang bagi bas, koc dan feri dari hari Isnin hingga hujung Jun.

image is not available

Menteri Pengangkutan Tasmania turut memaklumkan bahawa perkhidmatan bas sekolah berbayar akan dijadikan percuma, sekali gus menjimatkan kira-kira A$20 seminggu bagi pengguna.

Harga petrol di Australia telah meningkat dengan ketara sejak konflik di Timur Tengah bermula, dengan purata nasional sebanyak A$2.38 seliter pada 22 Mac, meningkat daripada sekitar A$2.09 pada awal konflik, menurut data Institut Petroleum Australia.

Mesir

Kerajaan Mesir telah memperkenalkan pelbagai langkah sementara bagi mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kewangan awam kekal terkawal.

Kedai, restoran dan kafe diarahkan untuk menutup operasi pada jam 9 malam selama sebulan, manakala lampu jalan dan papan iklan tepi jalan dimalapkan.

Selain itu, hotel dan tarikan pelancong bagaimanapun dikecualikan daripada peraturan tersebut.

image is not available

Pekerja bukan kritikal juga diarahkan bekerja dari rumah sehari dalam seminggu bagi mengurangkan jumlah perjalanan ulang-alik.

Kerajaan Mesir turut menaikkan harga petrol dan tambang pengangkutan awam bagi mengehadkan kesan konflik terhadap kewangan awam.

Selain itu, projek besar milik kerajaan yang memerlukan tenaga tinggi diperlahankan, dan elaun bahan api bagi kenderaan kerajaan dikurangkan hampir satu pertiga.

Filipina

Seperti yang diketahui, Filipina telah mengisytiharkan darurat nasional dengan kerajaan menawarkan subsidi kepada pemandu pengangkutan.

Kerajaan turut mengurangkan perkhidmatan feri serta melaksanakan minggu kerja empat hari bagi penjawat awam.

image is not available

Dengan 98 peratus bekalan minyaknya diimport dari Teluk, negara Asia itu menyaksikan kos diesel dan petrol meningkat lebih dua kali ganda.

Kerajaan Filipina juga berikrar untuk menambah simpanan satu juta tong minyak dan tidak menolak kemungkinan langkah tambahan.

Sri Lanka

Sri Lanka, negara yang baru sahaja pulih daripada krisis kewangan merupakan antara negara Asia yang sangat bergantung kepada import bahan api dari negara Teluk.

image is not available

Bagi menjimatkan penggunaan bahan api, kerajaan menetapkan hari Rabu sebagai cuti umum untuk institusi kerajaan seperti sekolah dan universiti.

Negara itu juga memperkenalkan catuan bahan api, dengan pemandu dihadkan kepada 15 liter seminggu dan penunggang motosikal kepada lima liter.

Thailand

Kerajaan Thailand telah meminta orang ramai memakai jaket sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan penggunaan tenaga yang digunakan oleh unit penyaman udara.

image is not available

Dalam pada itu, orang ramai juga digalakkan menetapkan suhu penyaman udara pada 26–27°C, manakala semua agensi kerajaan diarahkan untuk bekerja dari rumah.

Negara itu secara konsisten mengalami cuaca panas dan lembap, dengan Bangkok biasanya mencatatkan kelembapan sekitar 72 peratus pada bulan April.

Ethiopia

Pihak berkuasa telah mengarahkan syarikat bekalan bahan api untuk memberi keutamaan kepada institusi keselamatan, projek utama kerajaan, industri penting serta pengeluaran barangan asas.

image is not available

Langkah oleh Pihak Berkuasa Minyak dan Tenaga Ethiopia menyaksikan stesen minyak mengutamakan pengangkutan awam, selain sekatan bagi menjimatkan bahan api.

Pihak berkuasa di wilayah Tigray, yang berdepan kebimbangan kemungkinan kembali kepada perang saudara telah mengumumkan penggantungan sepenuhnya bekalan bahan api.

Myanmar

Di Myanmar, kenderaan persendirian kini hanya dibenarkan beroperasi pada hari berselang berdasarkan nombor ganjil atau genap pada plat nombor.

Manakala kenderaan elektrik dikecualikan.

image is not available

Kerajaan juga melaksanakan sistem catuan bahan api yang dipantau secara digital, di mana pembelian diimbas, direkod dan dijejaki menggunakan kod QR pada kenderaan.

Vietnam

Vietnam menggalakkan rakyatnya supaya lebih kerap berada di rumah bagi menjimatkan penggunaan bahan api.

Kerajaan turut menggesa orang ramai untuk menaiki basikal, berkongsi kenderaan, menggunakan pengangkutan awam dan mengehadkan penggunaan kenderaan persendirian apabila tidak perlu.

image is not available

Negara itu juga menggantung sementara cukai perlindungan alam sekitar ke atas petrol dan diesel, yang turut dikecualikan daripada VAT.

Bangladesh

Bangladesh bertindak pantas menutup universiti apabila perang bermula, dengan meneruskan cuti bersempena akhir Ramadan.

Negara itu turut memulakan catuan jualan bahan api untuk kebanyakan kenderaan. Kerajaan juga melaksanakan lebih banyak pemadaman terancang bagi mengehadkan penggunaan tenaga.

Slovenia

Slovenia menjadi negara anggota Kesatuan Eropah pertama yang melaksanakan catuan bahan api.

Di bawah langkah tersebut, pemandu kenderaan persendirian dihadkan kepada pembelian maksimum 50 liter bahan api sehari, manakala perniagaan dan petani diberikan had lebih tinggi iaitu 200 liter.

Sudan Selatan

Sudan Selatan telah mula mencatu bekalan elektrik di ibu negaranya, Juba.

Pembekal elektrik utama, Jedco memaklumkan bahawa sebahagian kawasan bandar akan mengalami pemadaman bergilir setiap hari.

image is not available

Negara itu mempunyai antara rizab minyak terbesar di Afrika Timur, namun sebahagian besar dieksport, manakala produk ditapis yang diperlukan sebagai bahan api perlu diimport.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, Sudan Selatan menjana 96 peratus elektriknya daripada minyak.

Baca juga: