Auto Bavaria Kenalkan Mini Aceman Pertama Di Tebrau

LocalCars
13 Nov 2024 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kumpulan pengedar sah terbesar bagi BMW di Malaysia di bawah naungan Sime Darby Motors, Auto Bavaria memperkenalkan crossover kompak elektrik, MINI Aceman pertama, di Auto Bavaria Tebrau, Johor.

Sebagai crossover elektrik pertama dalam segmen kereta kecil premium, MINI Aceman menawarkan keselesaan yang cukup luas untuk lima penumpangnya.

Selain itu, kereta kompak ini turut, memberi pengalaman pemanduan “go-kart” ikonik MINI serta hadir dengan falsafah reka bentuk ‘Charismatic Simplicity’ MINI.

image is not available

Menjengah bahagian luarannya, MINI Aceman ini didatangkan dengan gril oktagon berbingkai Vibrant Silver, lampu depan jenis LED berbentuk angular dengan tiga mod pencahayaan unik, serta roda Hexagram 19-inci.

image is not availableimage is not available

Melihat bahagian belakangnya pula, MINI Aceman ini turut didatangkan dengan lampu belakang LED jenis tegak dan garisan melintang bagi mengekalkan daya tarikan MINI, selain menonjolkan penampilan ikoniknya.

image is not available

Di bahagian dalam, MINI Aceman dilengkapi paparan OLED bulat beresolusi tinggi 240mm yang dikuasakan oleh MINI Operating System 9 menjadi pusat kawalan navigasi, media dan kenderaan.

Untuk makluman anda, jentera ini juga didatangkan dengan MINI Experience Modes dimana pemandu boleh menyesuaikan suasana kabin dengan pencahayaan, bunyi, dan projeksi grafik khusus pada papan pemuka.

image is not availableimage is not available

Difahamkan, ia juga menggunakan fabrik rajut kitar semula bagi menggantikan krom dan kulit tradisional untuk memberikan suasana dalaman yang cerah.

Sementara itu, ia turut menawarkan ruang but seluas 300 liter namun keluasannya boleh ditingkatkan kepada 1,005 liter jika kerusi belakang direbahkan.

image is not available

Dari segi kuasa pula, MINI Aceman boleh menghamburkan kuasa setakat 218hp dan tork 330Nm. Untuk itu, MINI Aceman mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 7.1 saat.

Dengan adanya bateri berkapasiti 54.2kWh, ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 405km.

image is not available

Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas DC sehingga 95kW yang membolehkan pengecasan dari 10 peratus ke 80 peratus dalam masa 30 minit serta pengecasan AC sehingga 11kW untuk pengecasan semalaman di rumah atau stesen awam.

Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatannya, jentera ini cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan.

Antaranya, Amaran Tukar Lorong, Info Had Laju, Amaran Pelanggaran Hadapan, Parking Assistant Plus, MINI Digital Key Plus dan banyak lagi.

Apa yang cukup menarik ialah Auto Bavaria menawarkan tawaran eksklusif kepada pelanggan di selatan Malaysia, termasuk MINI Wallbox percuma untuk pengecasan di rumah, rebat menarik dan pilihan tukar beli untuk peminat MINI.

Untuk tempahan pandu uji, kunjungi Auto Bavaria Tebrau, pengedar eksklusif MINI Aceman baharu di Selatan Malaysia.