Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

LocalCars
27 Apr 2026 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

3.jpg

Pameran Auto Beijing 2026 menjadi saksi kebangkitan jenama iCAUR apabila mereka tampil "all-out" dengan dua tarikan utama yang mencuri tumpuan dunia.

Dibawah pimpinan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Su Jun, iCAUR bukan sahaja memperkenalkan kereta konsep ROBOX yang futuristik, malah memberi bayangan jelas mengenai ekspansi mereka ke pasaran Asia Tenggara melalui model V27 versi pemanduan sebelah kanan (RHD).

1-(2).jpg

ROBOX: Gabungan 'Robot' & 'Box' Masa Hadapan

Kereta konsep ROBOX adalah jawapan iCAUR terhadap mobiliti masa depan. Menggunakan falsafah future-classic, ROBOX tampil dengan siluet OneBox yang aerodinamik namun memiliki struktur tinggi untuk keupayaan off-road.

Apa yang menarik perhatian?

Reka Bentuk Ikonik: Lampu gabungan bulat dan segi empat yang unik.

Modular & Teknologi: Permukaan bersih dengan identiti teknologi yang kuat, memberikan bayangan evolusi reka bentuk iCAUR akan datang.

V27 RHD: Sedia Untuk Pasaran Malaysia & ASEAN?

Satu berita besar bagi peminat SUV boxy di rantau ini! iCAUR secara rasmi menayangkan V27 versi RHD (Right-Hand Drive). Sebelum ini, versi pemanduan kiri (LHD) telah pun meletup di pasaran China dan Timur Tengah.

Ciri-ciri Utama V27:

Piawaian Keselamatan 5-Bintang: Memenuhi standard ketat China dan Eropah.

Fokus Global: Direka khas untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pemanduan di Asia Tenggara dan Oceania.

Gaya Klasik, Tenaga Baharu: Menawarkan rupa paras retro yang dipadankan dengan teknologi NEV (New Energy Vehicle) yang praktikal.

Kesimpulan:Dengan kehadiran di lebih 40 buah negara, iCAUR kini bukan lagi jenama "setakat ada". Melalui kombinasi reka bentuk klasik dan teknologi masa depan, iCAUR sedang memahat nama sebagai pencabar serius dalam industri automotif global.

View Original Article