“Auto Power Window” Tak Berfungsi Lepas Tukar Bateri Kereta? Ni Cara Baiki Dalam Lima Saat

Cars
25 Sep 2023 • 5:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

“Auto Power Window” Tak Berfungsi Lepas Tukar Bateri Kereta? Ni Cara Baiki Dalam Lima Saat

Sebut sahaja kereta, ia merupakan sebuah kenderaan automotif yang mesra pengguna, sebab apa?

Hal ini kerana kenderaan ini bukan sahaja dapat membawa jumlah penumpang yang ramai, namun juga mampu bergerak sewaktu cuaca panas mahupun hujan.

Seperti yang diketahui, pelbagai kenderaan sekarang dilengkapi dengan teknologi dan fungsi yang canggih termasuk Tetingkap Kuasa atau dipanggil Auto Power Window.

Sistem ini membolehkan tingkap diturunkan atau dinaikkan hanya dengan sekali tekan. Pun begitu, kadangkala ia juga tidak berfungsi seperti kebiasaan khususnya selepas membuat penukaran bateri kereta.

Sebagai pemilik kereta, penting kepada kita untuk mengetahui setiap sudut kenderaan agar dapat mengenal pasti masalah sekiranya berlaku kerosakan dan sebagainya.

Selain itu, ia bagi mengelakkan kita membawa kenderaan kembali ke kedai untuk dibaiki bagi perkara yang tidak perlu.

Tahukah anda, sebenarnya masalah ini boleh dibetulkan sendiri tanpa perlu menggantikan komponen baharu atau mengeluarkan modal wang ringgit.

Oleh itu, pihak SK hari ini akan berkongsikan tip yang disampaikan Pak Wee di bawah.

Auto Power Window Tak Berfungsi? Ikuti Langkah Ini

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok @pakwee_oe, menjelaskan, sekiranya sistem auto power window mereka tidak berfungsi selepas menukar bateri, ia bukan disebabkan rosak sebaliknya berlaku ralat.

Tambahnya, masalah tersebut boleh diselesaikan sendiri oleh pemilik kenderaan tanpa membawa kereta ke kedai untuk membaiki.

Cara Betulkan auto power window korang

Pertama, anda perlu turunkan cermin kereta anda hingga “habis” ke bawah. Kemudian, kekalkan jari anda (tekan) pada suis selama 5 saat.

image is not available
Gambar: TiKTok @pakwee_oe

Kedua, anda juga boleh naikkan semula cermin kereta ke atas hingga habis. Sama seperti langkah menurunkan cermin, kekalkan suis itu selama 5 saat.

image is not available
Gambar: TiKTok @pakwee_oe

Ketiga, sekiranya terdengar bunyi ‘tap’, maka masalah auto power window korang selesai.

Mudah je kan? Semoga bermanfaat.