Auto Shanghai 2025: Chery Bakal Dedah Masa Depan Mobiliti Pintar

TechnologyCars
22 Apr 2025 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sama seperti pembuat kereta China yang lain, Chery juga sudah bersiap sedia untuk mendedahkan barisan model dan trenkuasa hibrid serba baharu serta mobiliti pintar dalam pameran yang dikenali Chery Lifeto sempena Auto Show Shanghai 2025.

image is not available

Pameran ini akan menggabungkan inovasi dalam rangkaian kuasa hibrid, ekosistem AI dan rekaan yang menawarkan gambaran sekilas tentang masa depan mobiliti pintar dan mampan.

Setakat ini, kemuncak terbesar pameran ini ialah pelancaran teknologi rangkaian kuasa hibrid baharu jenama itu, yang dikenali sebagai Chery Super Hybrid (CSH).

Sistem hibrid khusus generasi kelima oleh Chery ini adalah hasil penyelidikan yang disokong oleh sistem R&D global yang merangkumi lapan pusat dengan lebih daripada 300 makmal canggih.

image is not available

Antara perkara yang dicapai oleh sistem CSH baharu ialah kecekapan haba sehingga 44.5%, yang telah menetapkan penanda aras baharu untuk rangkaian kuasa hibrid di seluruh dunia.

Antara yang akan ditunjukkan adalah Stepless Super Electric Hybrid DHT, yang menjanjikan pecutan yang berkuasa dimana ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 4.26 saat.

Dengan kuasa hibrid bersama sistem berprestasi tinggi yang disediakan dalam CSH boleh beroperasi dalam suhu melampau dari 35°C hingga 60°C, dengan sembilan mod kerja.

Bateri ini sebenarnya dilindugi oleh Sistem Perlindungan Bateri "Guardian" yang menambahkan lapisan keselamatan tambahan dan sangat berguna untuk perjalanan jauh atau beban tinggi.

Jadi, para engunjung pameran Auto Shanghai 2025 boleh melihat sistem CSH baharu Chery dalam barisan penuh produk, termasuk model daripada barisan SUV Tiggo Chery seperti Tiggo 7, Tiggo 8 dan perdana Tiggo 9.

image is not available

Di sebalik persediaan hibrid baharu, Chery Life di Auto Shanghai 2025 juga akan menyertakan beberapa inovasi bersepadu gaya hidup, seperti pelbagai penyelesaian pengecasan pintar, daripada stesen pengecasan rumah kepada pengecas awam berasaskan kad.

Tidak lupa, barisan baharu aksesori sedia perkhemahan dan susun atur kenderaan modular juga akan dipersembahkan untuk menunjukkan fleksibiliti SUV Chery.

Sebagai penutupan pameran Chery Life, beberapa inovasi yang dipacu AI Chery akan didedahkan , termasuk robot AI yang dibangunkan dalaman yang dikenali sebagai AiMOGA, serta rakan robotik anjingnya juga didedahkan kepada umum.

Rakan pintar ini akan melakukan pelbagai aksi dan permainan interaktif yang sebenarnya dikuasakan AI.