Auto Shanghai 2025: ‘Proton e.MAS 5’ Dipamerkan?

LocalCars
25 Apr 2025 • 7:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not availableimage is not available

Geome Xingyuan yang dilancarkan di China pada Oktober tahun lalu, dipertontonkan kepada umum di acara Auto Shanghai 2025. Semasa pelancarannya, kenderaan elektrik (EV) ini ditawarkan dalam lima varian dengan harga bermula dari RMB69,800 hingga RMB98,800 (~RM42,000 hingga ~RM60,000).

Tiada Lagi Rahsia, Inilah Proton e.MAS 5?

image is not available

Awal tahun ini, khabar angin tentang kehadiran model elektrik kedua daripada Proton dengan nama e.MAS 5 kembali rancak apabila media daripada China melaporkan bahawa Presiden Geely Holding Group dan Ketua Pegawai Operasi Geely Auto Group, An Conghui, mengumumkan akan membawa masuk Xingyuan ke pasaran Malaysia tahun ini.

Selain itu, Ketua Pegawai Operasi Proton, Li Chunrong juga turut mengumumkan bahawa sama ada e.MAS 5 atau e.MAS 3 bakal diperkenalkan sekaligus mengesahkan rancangan Proton untuk memperkenalkan dua model EV lebih kecil daripada e.MAS 7.

Dua Pilihan Trenkuasa

image is not available

Di pasaran China, dua trenkuasa ditawarkan. Versi 310 km dikuasakan oleh motor elektrik 58 kW (78 hp) dengan tork 130 Nm, manakala versi 410 km menggunakan motor 85 kW (114 hp) dengan tork 150 Nm. Kedua-dua varian mempunyai kelajuan maksimum 140 km/j dan mampu memecut dari 0–50 km/j dalam masa 3.9 saat, menjadikannya sesuai untuk penggunaan bandar.

Model ini menggunakan bateri Li-Po yang dibangunkan CATL, dengan kapasiti 30.12 kWj dan 40.16 kWj, berbeza dengan Galaxy E5 yang menggunakan bateri Aegis LFP milik Geely.

Rekaan Geome Xingyuan

Dari segi reka bentuk, Xingyuan menyerupai model smart #1, dengan panjang 4,135 mm, lebar 1,805 mm, tinggi 1,570 mm dan jarak roda 2,650 mm. Pesaingnya, BYD Dolphin, berukuran panjang 4,125 mm, lebar 1,770 mm, tinggi 1,570 mm dan jarak roda 2,700 mm.

Kelengkapan & Teknologi di Ruang Kabin

image is not available

image is not availableimage is not available

Di bahagian dalam, Geome Xingyuan menampilkan kokpit simetri dengan paparan LCD instrumen bersaiz 8.8 inci serta stereng pelbagai fungsi. Skrin infotainmen berukuran sama ada 10.1 inci atau 14.6 inci, bergantung kepada varian. Sistem ini disepadukan dengan sistem Flyme Auto milik Geely. Ciri tambahan lain termasuk pad pengecas tanpa wayar 50W, fungsi pembantu suara, pencahayaan ambien 256 warna serta pendingin hawa dengan corong udara di belakang.

image is not availableimage is not available

Model ini juga tampil praktikal dengan ruang 36 ruang simpanan, termasuk ruang depan (frunk) 70 liter, kotak simpanan dashboard (glove box) 10 liter dan ruang pada konsol tengah 20 liter. But belakang pula menawarkan kapasiti simpanan 375 liter yang boleh diperluaskan hingga 1,320 liter dengan tempat duduk belakang dilipat.

Lebih banyak maklumat dijangka akan didedahkan menjelang pelancaran rasmi model elektrik terbaru Proton di pasaran Malaysia.

Ikuti perkembangan terkini dalam dunia automotif hanya di Carz.com.my

image is not available