AutoCount dan IAB LCCI Melancarkan Program Persijilan Perakaunan Awan Pertama Asia

Business & Finance
20 May 2025 • 7:16 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: AutoCount dan IAB LCCI Melancarkan Program Persijilan Perakaunan Awan Pertama Asia
(Dari kiri): Dr. Tek Ee Lin, Education Manager of Auto Count Sdn. Bhd.; Mr. Choo Yan Tiee, CEO of Auto Count Sdn. Bhd. and Managing Director of Autocount Dotcom Berhad; Ms. Sarah Palmer, CEO of IAB Group; Ms. Michelle Griffiths, IAB Deputy Chief Examiner; Dr. Max Lee, Associate Director SE Asia, IAB LCCI
  • Kerjasama strategik di antara AutoCount dan IAB LCCI dalam menerajui persijilan perakaunan awan (cloud accounting certification) di Asia.
  • Persijilan bagi melengkapkan profesional kewangan dengan kemahiran perakaunan digital selari dengan kehendak industri.
  • Peperiksaan pertama dijangka pada November 2025, tersedia melalui pusat rangkaian Asia LCCI yang luas.

KUALA LUMPUR, 20 MEI 2025 – Autocount Dotcom Berhad (“Autocount” atau “Kumpulan itu”), merupakan pembangun dan pengedar perisian pengurusan kewangan terkemuka, hari ini dengan rasminya melancarkan Persijilan IAB LCCI Perakaunan Berkomputer (Perakaunan Awan AutoCount).

Persijilan yang dibangunkan dengan kerjasama IAB LCCI Limited, bersedia untuk melengkapkan golongan profesional dalam kewangan di seluruh Asia dengan kemahiran perakaunan awan yang penting selari dengan keperluan industri pada masa ini.

Diadakan di Pusat Latihan AutoCount Training, majlis pelancaran ini meraikan kerjasama strategik di AutoCount dan IAB LCCI, memaparkan impak perubahan persijilan ini kepada pendidikan perakaunan di seluruh rantau Asia. Direka sebagai program persijilan pertama Asia dalam perakaunan awan, inisiatif ini dilihat akan menangani permintaan yang semakin tinggi terhadap golongan professional perakaunan digital.

Mr. YT Choo, Pengarah Urusan AutoCount Dotcom Berhad, dengan memberi penekanan terhadap inisiatif ini: “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan IAB LCCI dalam memperkenalkan satu persijilan berorientasikan masa hadapan yang akan memperkasakan para penuntut dengan kemahiran yang praktikal dan relevan terhadap industri. Pendigitalan amalan perakaunan akan terus berkembang dan AutoCount kekal komited untuk melengkapkan golongan profesional dengan kecekapan yang diperlukan untuk terus berdaya saing dalam lanskap yang masih berkembang ini. Persijilan ini bukan sekadar satu kelayakan tetapi merupakan satu gerbang untuk para professional perakaunan untuk menerima perubahan digital dengan penuh keyakinan.

Sarah Palmer, Ketua Pegawai Eksekutif IAB LCCI dan the IAB Group, turut menekankan kepentingan kerjasama strategik itu. “Kumpulan IAB Group merasa berbesar hati untuk bekerjasama dengan AutoCount, menggabungkan kepakaran global kami dalam persijilan dengan perisian penyelesaian mereka yang terkini. LCCI telah menyediakan persijilan yang diiktiraf antarabangsa melebihi 120 tahun dan kerjasama ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk memajukan profesion perakaunan dengan menyediakan para professional dengan kemahiran yang diperlukan di era digital”.

Jabatan Pendidikan AutoCount akan memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan kepada persijilan baharu ini dengan menyediakan bahan pembelajaan yang terkini, portal interaktif pembelajaran sendiri dan platform peperiksaan berasaskan awan (cloud-based examination platform). Jabatan itu juga akan memainkan peranan proaktif dengan institusi pengajian, melatih para pendidik dan menyokong peningkatan kokurikulum sejajar dengan evolusi industri. AutoCount juga akan menyertai secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pendidikan seperti pertandingan perakaunan dan seminar dalam industri bagi membangkitkan minat penuntut dengan profesion itu.

“Dengan melengkapkan para professional dengan kemahiran perakaunan awan, kita juga menangani permintaan industri dan meningkatkan kecekapan dan daya saing di kalangan perniagaan di rantau ini,” tambah Sarah.

Pelancaran Persijilan IAB LCCI–AutoCount Perakaunan Awan ini menandakan satu peristiwa penting dalam pendigitalan pendidikan perakaunan, dengan menekankan dedikasi AutoCount dan IAB LCCI dalam membangunkan golongan professional yang bersedia menghadapi masa hadapan.