Automatic Super Resolution Kini Boleh Digunakan Pada ROG XBOX Ally X dan ROG XBOX Ally X20

TechnologyGaming
11 Nov 2026 • 3:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Automatic Super Resolution Kini Boleh Digunakan Pada ROG XBOX Ally X dan ROG XBOX Ally X20

Automatic Super Resolution (Auto SR) kini boleh digunakan pada konsol mudah alih ASUS ROG XBOX Ally X, ASUS ROG XBOX Ally X20 dan komputer Copilot+ PC yang menggunakan cip Ryzen. Pengumuman rasmi dilakukan oleh Microsoft dengan ia akan meningkatkan kadar bingkai permainan video menggunakan NPU terbina pada cip yang digunakan.

Image from: Automatic Super Resolution Kini Boleh Digunakan Pada ROG XBOX Ally X dan ROG XBOX Ally X20

Auto SR versi penuh juga boleh diaktifkan apabila permainan dijalankan pada resolusi 1080p. Sebelum ini dalam sesi ujian ia hanya berfungsi pada resolusi lebih rendah. Ciri boleh digunakan ketika konsol dalam mod mudah alih atau diletakkan dalam dermaga. Sebelum ini ia hanya boleh digunakan apabila konsol dalam mod dermaga. Apabila dalam mod dermaga pula, kualiti Auto SR meningkat ke 1440p.

Microsoft mengatakan, Auto SR meningkatkan kuasa grafik dan kadar bingkai menggunakan kecerdasan buatan (AI) seperti DLSS dan FSR. Kadar bingkai sehingga 120FPS boleh dicapai menggunakannya. Akhir sekali Auto SR dan Auto HDR boleh diaktifkan serentak untuk kualiti grafik lebih tinggi dan mengaktifkan HDR dalam permainan yang sebelum ini tidak menyokongnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved