
Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur (AMKL) bakal berlangsung dari 14 hingga 16 Mei 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), menampilkan pameran lebih besar merangkumi enam dewan dengan fokus kepada penyelesaian mobiliti automotif yang menghubungkan OEM dan sektor aftermarket. Acara ini menekankan perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), digitalisasi, elektrifikasi, tenaga baharu serta kelestarian yang semakin memacu Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama dalam industri automotif.
Menurut Fiona Chiew, Pengurus Besar Messe Frankfurt (HK) Ltd, Malaysia kini muncul sebagai pemain global dalam industri automotif hasil dasar kerajaan yang progresif, kemajuan teknologi serta perubahan tingkah laku pengguna. Dengan rangkaian 16 acara Automechanika di seluruh dunia, platform ini membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk berhubung dengan pemain global dan memperluaskan perniagaan.
Pertumbuhan pasaran automotif Malaysia turut dipacu oleh peningkatan pemilikan kenderaan, kenderaan berusia, digitalisasi serta permintaan terhadap produk premium. Malaysia juga mencatat kedudukan sebagai pasaran jualan kenderaan terbesar ASEAN pada separuh pertama 2025, dengan Perodua dan Proton menguasai 63% jualan domestik. Perkembangan ini turut mengubah rantaian nilai melalui pusat servis OEM, bengkel bebas yang lebih profesional serta penawaran servis nilai tambah.
Automechanika Kuala Lumpur 2026 akan menampilkan Automotive Mobility Solutions Zone yang mengetengahkan pelaburan mobiliti hijau, teknologi pembuatan maju, elektrifikasi dan rantaian bekalan digital. Selain itu, Automotive Service Marketplace yang diperluaskan akan menghimpunkan pemain detailing, body & paint, bengkel, serta pusat servis runcit dan e-dagang dalam satu ekosistem.
Pameran turut merangkumi kategori Parts & Components, Electrics & Electronics, Accessories & Customising, Diagnostics & Repair, Oils & Lubricants, Car Wash & Detailing, Tyre Services serta Body & Paint. Demonstrasi bengkel pembaikan perlanggaran dan latihan teknikal juga dijangka terus menjadi tarikan utama.
Menariknya, autoFEST@KL kembali memeriahkan acara dengan gabungan elemen gaya hidup dan hiburan seperti pameran kereta klasik dan JDM, pertandingan audio kereta EMMA Malaysia, cabaran detailing profesional, motorsports, esports serta zon outdoor dan campervan.
Automechanika Kuala Lumpur 2026 bukan sekadar pameran, tetapi platform penting untuk perdagangan, inovasi dan jaringan industri automotif serantau dan global.




























The post Automechanika Kuala Lumpur 2026 Jadi Platform Sinergi Industri Automotif Global appeared first on TW Media.




