Autonomi pendidikan, kesihatan hampir pasti

LocalPolitics
10 Aug 2023 • 5:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KERAJAAN Sabah yakin autonomi negeri dalam hal pendidikan dan kesihatan, seperti yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), akan menjadi kenyataan di bawah Kerajaan Perpaduan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Fadillah Yusof mengenai perkara itu, yang mengatakan autonomi lebih besar akan memastikan sistem pendidikan negeri untuk terus maju.

Ia akan memudahkan Kerajaan Negeri melaksanakan dan mempercepatkan projek pendidikan, selain pelantikan tenaga pengajar.

“Usaha untuk mengagihkan kuasa pendidikan ini juga secara tidak langsung membuktikan kepercayaan Kerajaan Persekutuan terhadap jentera Kerajaan Negeri khususnya dalam meningkatkan kapasiti sistem pendidikan di negeri ini,” kata Ketua Menteri.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Hajiji berucap pada majlis Anugerah Biasiswa Kecemerlangan Negeri Sabah (ABCNS) ke-34 di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, pada 1 Ogos.

“Kami percaya pada autonomi. Kerajaan Negeri melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mempunyai fleksibiliti untuk pelbagai isu berkaitan pendidikan.

“Pegawai di peringkat negeri lebih mengetahui masalah rakyat di kawasan sendiri. Dengan itu, kawalan dan penyeliaan akan dilaksanakan dengan lebih baik. Ini secara tidak langsung membolehkan masalah rakyat diurus dengan lebih cekap dan cepat,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri membelanjakan RM35 juta pada 2022 untuk beberapa inisiatif bagi mengukuhkan modal insan Sabah untuk masa depan sejahtera.

Ini termasuk program Budi, Bistari, Bakti, Bagus, PIBG, Aksa, Bisbah dan Baik. Ia memberi manfaat kepada 41,590 pelajar, 3,044 bayi selain 1,500 sekolah dan 630 persatuan ibu bapa guru (PIBG).

Sementara itu, RM43 juta disediakan Kerajaan Negeri dalam bajet 2023 untuk tujuan sama.

Hajiji berkata, inisiatif itu berbentuk bantuan tunai pendaftaran pengajian tinggi, Skim Simpanan Pendidikan Nasional, bantuan peperiksaan, anugerah kecemerlangan, sumbangan peralatan sekolah, komputer riba dan bantuan kepada PIBG.

Inisiatif itu jelas merupakan komitmen untuk menekankan peningkatan peluang pendidikan inklusif untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang mereka. Kesemua inisiatif itu terbukti memberi banyak manfaat terutama dalam mengurangkan beban kewangan golongan kurang berkemampuan.

Tahun ini, dua inisiatif baharu akan dilaksanakan iaitu Program Bantuan Khas Pendidikan Sabah (Bantu) dan Bantuan Penyelenggaraan Sekolah Kecil (Balkis).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.