Avisena Pink Fun Run 2025: Meningkatkan Kesedaran Cegah Kanser Payudara Dalam Setiap Langkah

LocalHealth & Fitness
27 Oct 2025 • 3:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Avisena Pink Fun Run 2025: Meningkatkan Kesedaran Cegah Kanser Payudara Dalam Setiap Langkah

SHAH ALAM — Lebih 1,000 peserta membanjiri Taman Botani Negara, Shah Alam pada 26 Oktober 2025 bagi menyertai Avisena Pink Fun Run 2025, acara tahunan anjuran Avisena Healthcare sempena bulan kesedaran kanser payudara.

Bertemakan “Miles of Courage”, acara ini meraikan semangat komuniti sambil menzahirkan sokongan kepada pesakit dan individu berisiko menghidap kanser payudara melalui larian santai sejauh lima (5) kilometer, di samping menyemarakkan kesedaran tentang kepentingan
pemeriksaan awal dan amalan gaya hidup sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Avisena Healthcare, Puan Elina Nadia Omar, berkata inisiatif tahunan ini mencerminkan komitmen berterusan Avisena dalam mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap kesihatan wanita dan pentingnya pengesanan awal.

“Avisena Pink Fun Run 2025 bukan sekadar acara riadah, tetapi kempen kesedaran yang mengingatkan bahawa pengesanan awal kanser payudara mampu menyelamatkan nyawa.

“Melalui langkah kecil seperti ini, kita bersama-sama membina komuniti yang lebih sihat dan berdaya tahan,” ujar Elina.

Sepanjang program, pelbagai aktiviti pendidikan dan kesihatan dijalankan, termasuk pemeriksaan payudara kendiri secara percuma oleh Breast Cancer Welfare Association (BCWA), sesi interaktif berkaitan pengesanan awal dan penjagaan kesihatan wanita serta pelbagai aktiviti yang menarik perhatian peserta dan pengunjung.

image is not available

“Kami mahu setiap peserta membawa pulang bukan hanya pengalaman larian, tetapi juga kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan menjalani pemeriksaan berkala.

“Kanser payudara bukan sesuatu yang boleh diabaikan, ia memerlukan pengetahuan, tindakan awal, dan sokongan berterusan,” tambahnya.

Elina turut menegaskan bahawa usaha memperkukuh kesedaran awam ini bergerak seiring dengan strategi pembangunan jangka panjang Avisena Healthcare, termasuk pembinaan bangunan tambahan Avisena Specialist Hospital Shah Alam yang dijangka siap pada tahun
2027.

image is not available

“Fasiliti baharu ini bakal menampilkan pusat Onkologi lengkap yang pertama di Shah Alam dengan kemudahan kemoterapi, radioterapi dan rawatan pembedahan moden.

“Ia juga merupakan sebahagian daripada visi kami untuk mengukuhkan pelancongan kesihatan, sekali gus menjadikan Shah Alam destinasi rawatan bertaraf antarabangsa,” jelas Elina.

Langkah ini menandakan keazaman Avisena Healthcare untuk memperluas capaian perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pesakit tempatan sekali gus meningkatkan kualiti kesihatan pelancongan, sejajar dengan pertumbuhan pesakit yang semakin meningkat di kawasan Lembah Klang dan sekitarnya.

image is not available

“Semangat inilah yang kami terjemahkan melalui penganjuran Avisena Pink Fun Run 2025 di mana acara ini menyatukan masyarakat dalam semangat sokongan, empati dan keberanian untuk memperjuangkan kesihatan wanita.

Kami percaya bahawa kesedaran tentang kesihatan wanita tidak bermula di hospital semata- mata, tetapi dalam kalangan masyarakat sendiri.” ujar Elina mengakhiri ucapan beliau.

Turut hadir dalam acara ini ialah barisan pengurusan kanan Avisena Healthcare, serta rakan strategik yang komited memperkukuh kesedaran awam mengenai kanser payudara dan kesejahteraan wanita.