“Awak Bertuah,” – Ramai Tersentuh Lihat Pengorbanan Bapa OKU Sanggup Guna Baju Lindung Anak Dalam Hujan [Video]

Family & Parenting
1 Dec 2022 • 3:49 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
pengorbanan bapa

Bergelar seorang suami dan bapa bukanlah suatu perkara yang mudah, malah mereka memikul tanggungjawab yang sangat besar dalam keluarga.

Walau apa pun yang berlaku pasti mereka tidak mahu melihat ahli keluarganya berada dalam kesusahan dan akan sentiasa mencari jalan agar dapat membahagiakan anak dan isteri.

Tular video papar pengorbanan seorang bapa

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Siti Latifah yang memaparkan pengorbanan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) terhadap anaknya.

Menerusi video tersebut kelihatan seorang lelaki yang sedang berjalan menuju ke kereta sambil menutup kepala anaknya dengan menggunakan baju, agar kanak-kanak itu terlindung dari terkena hujan.

Buat isteri tersentuh lihat pengorbanan suami pada keluarga

Perkara itu, secara tidak langsung turut menyentuh hati isterinya kerana suaminya itu sentiasa menjaga mereka dalam keadaan yang baik meskipun mempunyai kekurangan fizikal.

“Jika nanti di akhirat Allah tanya siapa manusia di dunia yang paling baik padaku.

“Maka dengan ikhlas dan yakin aku menjawab, manusia itu adalah suamiku,” ujarnya.

Di ruangan kapsyen Siti Latifah turut berterima kasih kepada suaminya kerana selalu menjaga dia dan anak dengan baik.

Perkongsian buat ramai tersentuh dan sebak

Meninjau di ruangan komen, ramai yang tersentuh dan sebak melihat pengorbanan lelaki berkenaan selain menyatakan Siti Latifah merupakan wanita yang bertuah kerana mempunyai suami yang baik.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar keluarga itu sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

‘Saya doakan semoga awak dan suami selalu bahagia dunia akhirat’

image is not available

‘Awak adalah wanita yang bertuah’

image is not available

‘Semoga Allah permudahkan segala urusan keluarga awak’

image is not available