“Awak Gadis Paling Cantik Dalam Dunia” – Kongsi Mesej Mesra, Ameera Khan Dah Berpunya?

Entertainment
8 Jun 2023 • 3:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan telah mendapat perhatian orang ramai selepas berkongsi tangkap layar mesej perbualan bersama seorang jejaka.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, seorang lelaki dilihat menghantar mesej meluahkan rasa rindu terhadap Ameera atau lebih terkenal dengan nama Little Miss Khan.

Bukan itu sahaja, jejaka yang dipercayai teman istimewanya itu turut meminta untuk melihat wajah pempengaruh berusia 22 tahun itu.

Hi, i miss you, can i see your pretty face?

Walaupun tidak mendedahkan identiti jejaka berkenaan, Ameera dilihat menyimpan nombor lelaki berkenaan dengan huruf A dan emoji hati.

Malah, adik kepada usahawan selebriti, Noor Neelofa itu turut menghantar dua keping gambar kepada jejaka berkenaan.

I miss you the most.

Terpegun dengan kejelitaannya, lelaki berkenaan memuji wajah Ameera dengan mengatakan dia adalah gadis yang paling cantik di dalam dunia.

image is not available

Sehingga kini, Ameera masih belum mendedahkan indentiti lelaki berkenaan dan tidak dapat dipastikan sama ada jejaka tersebut benar-benar merupakan teman lelakinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

"Tidur Bilik Asing Ke?" - Yazmin Aziz Bercuti Di Bali Bersama Teman Lelaki, 'Bersemut' Tengok...