BALU pelawak Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali menjadi perhatian warga maya selepas berkongsi foto seolah-olah sedang berada di majlis pertunangan.
Menggayakan dress rona biru putih, wanita berusia 32 tahun itu tampil anggun dan gembira sambil memegang bunga tangan.
Sementara seorang jejaka memakai kemeja biru gelap berdiri di sebelahnya.

Lelaki berkenaan yang bersongkok dan berseluar denim hanya memperlihatkan bahagian belakang badan tanpa mendedahkan wajahnya.
Tidak berkongsi lanjut info berkaitan majlis berkenaan, Hidayah menitipkan dua emoji hati berona biru pada akaun Instagram hidayah_hamzahh.
Hantaran berkenaan menerima hampir 50,000 tanda suka dalam tempoh kurang 24 jam selepas ia dimuat naik.

Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat Hidayah.
Tidak hanya itu, mereka juga memberikan sokongan dan menyatakan ibu tunggal itu juga berhak untuk mengecap bahagia selepas pemergian suami.
– “Alhamdulillah, so happy for you.”
– “Alhamdullilah. Tumpang gembira untuk Dayah.”
– “. Akhirnya Dayah jumpa jodoh baru. Alhamdulillah. Tahniah.”
– “Cantik sangat Dayah. Dayah juga berhak untuk bahagia.”
– “Alhamdulillah. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Patutlah berseri-seri.”
– “Tahniah Dayah, selepas hujan hadirnya pelangi. Alhamdulillah.”
Baca juga: Dulu tak mampu bayar, kini Hidayah berjaya miliki kereta idaman berkat jualan sabun, produk kosmetik

Untuk rekod, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia pada pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia empat tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
The post ‘Awak pun berhak bahagia.’ Kongsi gambar berlatarkan pelamin, Hidayah Abam bertunang? Warganet ucap tahniah, tumpang gembira appeared first on SinarPlus.


