“Awak Tidur Lena?” – Penonton Terharu Lihat Park Seojoon ‘Caring’ Pada Go Minsi Dalam ‘Jinny’s Kitchen 2’

30 Jun 2024 • 2:38 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Dapat sambutan hangat untuk musim pertama, “Jinny’s Kitchen” akhirnya kembali menemui penonton dengan musim kedua!

Dalam musim kedua kali ini, Go Min-si akan sertai bos Lee Seo-jin, Jung Yu-mi, Park Seo-joon dan Choi Woo-shik sebagai ahli baru, serta merupakan pelatih di restoran yang mereka buka di Iceland.

Untuk episod awal yang telah ditayangkan, penonton rata-rata seronok melihat keserasian kesemua ahli termasuklah dengan ahli baru, Go Min-si.

Malahan dalam satu klip yang dimuat naik, penonton turut memuji Park Seo-joon kerana sering memberi nasihat dan menjaga pelakon “Youth of May” itu. Soal lelaki itu mengambil berat,

Awak okay? Min-si ah, macam mana hari pertama awak? Ikut rentak awak sendiri. Awak juga perlu berehat dan duduk bila boleh. Awak tidur lena?

Sementara itu, “Jinny’s Kitchen 2” ditayangkan pada setiap hari Jumaat di laman tvN dan Prime Video.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.