“Awak Tuhan Ke?” – Dikritik Suka Tunjuk Punggung, KilaFairy Minta Netizen ‘Unfollow’ IG

EntertainmentWomen's Fashion
31 Oct 2022 • 3:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pelakon jelita Kila Fairy menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik beberapa hantaran di laman Instagram memaparkan penampilannya ketika menghadiri anugerah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2022.

Menerusi hantaran tersebut, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa binti Jahangir Khan dilihat mengayakan gaun berwarna hitam bersama hiasan rantai perak dileher dan gincu bibir berwarna merah.

Bagaimanapun, penampilan pelakon berusia 30 tahun itu telah mendapat respon negatif daripada orang ramai yang rata-ratanya mendakwa gaun tersebut terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk punggung.

Malah, gaun tersebut turut dikatakan tidak bersesuai dengan imej Kila yang kini sudah bertudung dan mendoakan agar dia terus istiqamah dalam penghijrahan.

image is not available

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang mendakwa Kila sememangnya gemar menayang punggung dari sebelum dia berhijrah dan memakai hijab.

Tampil membalas dakwaan, Kila meminta netizen yang tidak menggemari penampilannya untuk berhenti mengikutinya di laman media sosial.

Tak suka tolong unfollow. Hanya Allah yang tahu perjalanan saya. Adakah awak tuhan? Tidak? Jadi selamat tinggal.

image is not available

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Nampak Bentuk Pungg*ng Tu Kak" - Imej KilaFairy Dipertikai, Netizen Doa Agar Terus Istiqamah

View Original Article