Awal Ashaari persoal baju Sukan Olimpik negara -“Seperti ini dan harapkan pingat emas sebagai balasan?”

Men's Fashion
25 Jun 2024 • 4:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Awal Ashaari persoal baju Sukan Olimpik negara yang menjadi bualan panas sejak semalam selepas melihat rekaan pakaian ramsi kontinjen negara.

Awal Ashaari persoal baju Sukan Olimpik negara

Meninjau di ruangan komen hantaran Instagram @olympicmas, pelakon Awal Ashaari dilihat seakan mempersoal rekaan pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 yang didakwa tidak mencapai standard sewajarnya.

Soal Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, adakah pakaian rasmi dipakai atlet negara berbaloi dengan harapan mereka membawa pulang pingat emas untuk negara.

“Kita gayakan mereka seperti ini (baju sukan Olimpik negara terkini) dan harapkan pingat emas sebagai balasan?”soal Awal Ashaari.

image is not available

Bukan sahaja Awal Ashaari, malah ramai lagi meluahkan rasa kecewa di ruangan komen hantaran tersebut.image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Baru-baru ini, kecoh di media sosial berkenaan pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 di mana masing-masing meluahkan rasa kecewa dengan rekaan yang disifatkan agak ketinggalan dan berpendapat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) boleh menghasilkan rekaan yang lebih baik untuk kontijen negara.

image is not available

Terdahulu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah merasmikan pakaian kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan iaitu baju berkolar, baju T dan jaket di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberitahu pakaian rasmi tersebut adalah dibawah tanggungjawab MOM yang merupakan hasil kerjasama bersama Yonex.

image is not available

Sumber: Instagram olympicmas