Awan Kopi - Kafe Unik Di Anjung Rumah Kampung

Food
13 Sep 2022 • 3:08 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Jika bercuti ke Johor dan mata mengantuk menandakan korang memerlukan secawan kopi untuk menyegarkan penglihatan -- apa kata korang singgah ke Awan Kopi di Muar.

image is not available

Terletak di Parit Amat, Jalan Abdul Rahman -- kedai kopi hipster berkonsepkan anjung rumah kampung ini menawarkan minuman menggunakan biji kopi kampung yang digabungkan dengan bancuhan unik bagi menghasilkan kopi dengan rasa premium sesuai dengan citarasa anak muda masa kini.

Tetapi jangan risau meskipun begitu harga kopinya masih lagi murah dan berpatutan seperti di kampung.

image is not available

Kalau datang ke Awan Kopi ini korang wajib cuba 'Kopi Yogurt' mereka yang menyajikan rasa kopi menarik iaitu kombinasi rasa pahit dengan masam yang jarang didapati di tempat lain.

image is not available

Namun jika korang bukanlah penggemar kopi, jangan risau kerana Awan Kopi turut menawarkan menu lain yang boleh korang nikmati seperti teh hijau, teh ais dengan buih melimpah, kuih-muih serta pelbagai jenis pastri sedap yang lain.

image is not available

Selain daripada makanan dan minuman yang lazat -- Awan Kopi juga merupakan port bergambar cantik untuk korang OOTD kerana menerapkan elemen klasik Melayu dalam sentuhan dekorasi dalamannya.

image is not available

image is not availableAWAN KOPI

Alamat: No 799, Parit Amat Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor (Waze : Warung mak B )

No Tel: 011-2181 9854

Facebook: Awankopi

View Original Article