Awan ribut punca puting beliung di Damansara – MetMalaysia

LocalEnvironment
14 Oct 2026 • 4:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Awan ribut punca puting beliung di Damansara – MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Kejadian puting beliung atau belalai darat di Damansara, Selangor berpunca daripada kehadiran awan ribut (kumulonimbus) yang aktif pada petang semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, puting beliung adalah turus putaran udara yang kencang, terhasil daripada kehadiran angin ricih dan arus angin menaik semasa proses pembentukan awan ribut.

Katanya, puting beliung yang berlaku di Malaysia hanya pada skala agak kecil, iaitu bersaiz kurang daripada 10 meter dan berlaku dalam masa yang amat singkat.

“Ini menyebabkan pembentukannya sukar untuk dikesan oleh radar dan satelit cuaca, namun MetMalaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan daerah di Selangor pada 5.30 petang 13 Okt,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd. Hisham berkata, kejadian puting beliung di darat atau belalai darat dan di laut (belalai laut) banyak berlaku ketika fasa peralihan monsun iaitu pada Mac hingga Mei serta September hingga Oktober.

Beliau berkata, fenomena itu berlaku akibat keadaan atmosfera tidak stabil dan lembap serta kehadiran angin yang bertiup lemah dari pelbagai arah.

Semalam, pengguna media sosial berkongsi beberapa video memaparkan kejadian puting beliung ketika kenderaan sedang berhenti di sebuah plaza tol dengan tiupan angin kencang menyebabkan sebuah kenderaan kelihatan terangkat. – Bernama

 

View on Threads

 

The post Awan ribut punca puting beliung di Damansara – MetMalaysia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved