Awas, Hujan Lebat Diramal Badai 3 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

LocalEnvironment
11 Feb 2026 • 11:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Awas, Hujan Lebat Diramal Badai 3 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga buah negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Beralih ke Pahang, ia melibatkan kawasan Raub sahaja.

METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Selangor seperti Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Baca juga: