Awas! Ribut Petir, Hujan Lebat, Angin Kencang Sehingga 4 Petang Hari Ini

21 Jan 2023 • 2:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa negeri, termasuk di ibu negara sehingga jam 4 petang ini.

Jurucakap jabatan tersebut berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah melibatkan daerah Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Perak membabitkan Hulu Perak, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim.

“Keadaan sama turut dijangka berlaku di Pahang iaitu di Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

"Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya," katanya.

Jelas jurucakap itu, keadaan sama diramalkan berlaku di Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu, Jempol dan Tampin manakala di Johor, ia meliputi Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

“Di Sabah pula, ribut petir, angin kencang dan hujan lebat dijangka melanda Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan, sementara di kawasan Pantai Barat membabitkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran serta Ranau.

"(Ia turut melibatkan kawasan) Tawau di Lahad Datu dan Sandakan serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga jam 4 petang," katanya. - Getaran, 21 Januari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved