Awas, Ribut Petir & Hujan Lebat Diramal Landa 9 Negeri Petang Ini

17 Oct 2022 • 4:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang bakal melanda sehingga 6 petang ini.

Antara lokasi yang bakal dilanda ribut petir di Perak adalah daerah Kinta dan Kampar. Beberapa kawasan seperti Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu juga turut diramalkan untuk menghadapi ribut petir ada petang ini.

Selain itu, beberapa daerah di Pahang turut bakal menghadapi ribut petir seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Rompin.

Bagi bahagian tengah dan selatan Semenanjung Malaysia pula, antara kawasan yang terlibat adalah Selangor, yang hanya melibatkan dua buah daerah iaitu Petaling dan Hulu Langat,.

Sementara itu, tiga daerah di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol turut menghadapi cuaca yang sama.

Di Johor pula ia hanya melibatkan daerah Mersing sahaja. Tidak cuma itu, ia juga melibatkan seluruh WP Kuala Lumpur.

Seterusnya, kawasan yang akan dilanda ribut petir dan hujan lebat di Sarawak adalah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song dan Kapit).

Akhir sekali, beberapa lokasi di Sabah seperti Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) sehingga 6.00 petang hari ini.

Sumber: MET Malaysia via Twitter