Awas scammer Ninja Van di WhatsApp minta muat turun APK semak parcel

8 Jan 2024 • 2:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Ninja Van Malaysia menasihatkan orang ramai untuk berwaspada dengan mesej penipuan yang dihantar melalui WhatsApp menggunakan nama Ninja Van.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, mangsa akan menerima mesej WhatsApp daripada nombor telefon tempatan yang mendakwa sebagai pekerja Ninja Van sebelum diminta memuat turun fail APK untuk pengesahan bungkusan.

image is not available

Menurut Ninja Van, mereka tidak memerlukan penerima untuk memuat turun sebarang fail bagi mengesahkan bungkusan dan orang ramai diminta untuk tidak membalas mesej tersebut atau mengklik sebarang pautan dan fail yang disertakan.

Langkah berwaspada

Berikutan itu, Ninja Van menyarankan orang awam untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti:

image is not available

  • Berhati-hati apabila menerima sebarang pautan dan lampiran dokumen dari sumber yang tidak dikenali atau dipercayai
  • Memeriksa tanda penipuan dan merujuk kepada sumber rasmi seperti sistem perbualan sosial rasmi kami, NinjaChat, akaun media sosial dan WhatsApp Business yang disahkan, atau alamat e-mel yang berakhir dengan ninjavan.co
  • Maklumkan kepada pihak berkuasa, keluarga, dan rakan-rakan mengenai kes penipuan. Laporkan kes penipuan kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti https://semakmule.rmp.gov.my/

Sekiranya menerima mesej yang mencurigakan di WhatsApp atau platform sosial lain, anda diminta untuk melaporkannya menerusi:

Ninja Van juga berkongsikan tip untuk mengesan penipuan COD menerusi video di bawah:

Bagi anda yang merasakan sudah ditipu, laporkan segera ke Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Anda juga boleh membuat turun aplikasi Whoscall yang berfungsi untuk mengesan nombor telefon scammer dan tebus pelan premium setahun percuma dari PDRM.

Tidak pasti mengenai taktik penipuan scammer, anda boleh klik di sini untuk belajar tentang scammer melalui kuiz yang disediakan oleh laman web Jangan Kena Scam.

Bacaan berkaitan: