AWC catat untung bersih RM6.23 juta pada 1QFY25 dipacu peningkatan sumbangan dalam semua segmen perniagaan
27/11/2024 - 18:05
KUALA LUMPUR 27 Nov - AWC Bhd mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak RM6.23 juta pada suku pertama berakhir 30 September 2024 (1QFY25) berbanding RM467,000 bagi suku sama tahun sebelumnya dipacu peningkatan sumbangan dalam semua segmen perniagaan.


