AWS Bekerjasama Dengan KPT – Memudahkan Pengurusan Kandungan Pembelajaran Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti

TechnologyDigital
4 May 2023 • 12:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dalam kemaskini lain di acara AWS ASEAN Summit, mereka turut berkongsi mengenai kerjasama mereka dengan kerajaan Malaysia, sejajar dengan persetujuan mereka tahun lepas dalam mempercepat pertumbuhan perkomputeran awan untuk sektor awam pada bulan May 2022.

image is not available

Salah satunya adalah kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam memindahkan platform pengurusan pembelajaran untuk Politeknik dan juga Kolej Komuniti. Pemindahan sistem platform pengurusan pembelajaran ini termasuklah dari segi kandungan pembelajaran ataas talian, pengurusan dan pentadbiran 36 Politeknik dan 105 Kolej Komuniti yang melibatkan lebih dari 150,000 pengguna aktif yang terdiri dari pelajar dan tenaga pengajar.

image is not available

Lebih dari itu, terdapat program seperti AWS Educate dan AWS Academy yang turut memperkaya pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dengan pengetahuan perkomputeran awan dan juga pembelajaran mesin, membolehkan mereka turut menyertai program AWS yang lain seperti AWS DeepRacer iaitu kereta lumbar miniatur bagi menguji Reinforced Learning.

Implementasi perkhidmatan ini dan juga perkembangan kerjasama diantara Kementerian Pengajian Tinggi dan juga AWS dilihat dapat memacu perkembangan digital pelajar tempatan, disamping menyediakan infrastruktur awan yang teguh dan sentiasa tersedia diakses sepanjang hari.