AWS Industry Quest – Belajar Membangunkan Perkhidmatan Awan Secara Interaktif

TechnologyDigital
30 Nov 2022 • 1:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apabila bercakap mengenai perkhidmatan awan, AWS merupakan peneraju popular dalam memperkenalkan pelbagai komponen perkhidmatan awan. Pada acara tahunan AWS re:Invent hari ini, mereka telah mengumumkan AWS Industry Quest, menyediakan pembelajaran perkhidmatan awan dalam bentuk yang lebih interaktif.

AWS Industry Quest merupakan sebahagian dari perkhidmatan AWS Skill Builder, iaitu perkhidmatan mereka dalam mempelajari komponen perkhidmatan AWS yang baharu. Bezanya terletak pada persembahan dan simulasi untuk peserta, dimana peserta akan mengambil watak sebagai pekerja didalam syarikat, dan bertanggungjawab untuk membangunkan perkhidmatan awan syarikat tersebut.

Seterusnya peserta juga akan mempelajari cara-cara menetapkan perkhidmatan tertentu yang berkaitan dengan industri. Buat masa ini, AWS Industry Quest hanya menyediakan subjek perkhidmatan perbankan dan memberikan tugasan yang berkaitan kepada peserta.

image is not available

image is not available

Tugasan-tugasan seperti Buy Now Pay Later as a Service, keselamatan sekuriti, membangunkan Chatbot untuk perkhidmatan kad kredit, dan pelbagai lagi yang telah disediakan AWS bagi peserta mempelajarinya secara interaktif.

Bagi mengakses pembelajaran interaktif ini, peserta perlu melanggan AWS Skill Builder sebanyak USD 29 sebulan, dan sekiranya kesemua tugasan telah lengkap, peserta juga akan menerima lencana digital yang mengesahkan mereka telah melengkapkan AWS Industry Quest ini.

View Original Article