AWS Region Dilancarkan Di Malaysia Hari Ini

TechnologyDigital
22 Aug 2024 • 10:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti yang telah dijanjikan pada Mac tahun lalu, Amazon akhirnya mengaktifkan AWS Region di Malaysia bermula hari ini. AWS Region akan membolehkan pelbagai data berkaitan disimpan di Malaysia dan pada masa yang sama menawarkan kadar pendam rendah untuk perkhidmatan yang digunakan dalam negara.

image is not available

Dengan AWS Region di Malaysia, mereka akan melakukan pelaburan $6.2 bilion(~RM 27 bilion) di Malaysia menjelang 2038 yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan membantu perniagaan tempatan serta sektor awam untuk berinovasi.

Secara keseluruhan dianggarkan 3500 pekerjaan akan diwujudkan setiap tahun menerusi AWS Region dengan ia menambah RM 57.3 bilion kepada KDNK Malaysia dalam tempoh sedekad. Akhir sekali AWS menyasarkan operasi yang lebih lestari dengan sasaran operasi sifar karbon menjelang 2040 dan positif air menjelang 2030 supaya lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved