
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Di media sosial, boleh dikatakan setiap hari ada sahaja sikap dan perangai pengguna jalan raya yang dikongsikan apabila makin ramai yang mula memasang dashcam.
Ada perangai baik yang patut dicontohi namun kebanyakannya banyak menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain.
Lebih teruk, sikap lalai dan pentingkan diri mereka itu menjadi punca kepada kemalangan jalan raya.
Kereta terlibat kemalangan gara-gara Axia tukar lorong mengejut
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan sebuah kereta terlibat kemalangan gara-gara kenderaan di hadapannya menukar lorong secara mengejut.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Threads @shehdilanun, kejadian terbabit dipercayai berlaku semalam (22 Januari) di sebuah kawasan lebuh raya.
Sebelum kemalangan berlaku, kelihatan kereta yang dipandu pemilik dashcam tersebut sedang bergerak laju di lorong kanan lebuh raya itu.
Tak bagi signal, tiba-tiba Axia tukar lorong
Bagaimanapun, semasa pemandu berkenaan menghampiri dua buah kereta yang berada di lorong kiri, kenderaan jenis Perodua Axia itu secara tiba-tiba menukar ke lorong kanan.
Axia tersebut dipercayai ingin memotong kereta jenis Perodua Kelisa yang berada di hadapannya berkemungkinan tanpa melihat cermin sisi dan memberi isyarat (signal) terlebih dahulu.
Tindakan pemandu Axia terbabit menyebabkan kereta yang berada di lorong kanan itu tidak sempat mengelak atau memperlahankan kenderaan sebelum merempuh bahagian belakang kereta jenis kompak segmen A berkenaan.
View on Threads
Netizen kecam pemandu Axia kerana jadi punca kemalangan
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu Axia tersebut kerana kecuaiannya menjadi punca kemalangan terhadap pengguna jalan raya yang lain.
Malah, ramai juga yang meminta agar pemilik dashcam tersebut menuntut insurans daripada Axia tersebut untuk membaiki kenderaannya yang rosak.
Tidak kurang juga segelintir netizen yang menekankan tentang fungsi serta kepentingan cermin sisi yang ada pada setiap kenderaan.




Baca Artikel Berkaitan: Main Pancung Hingga Jadi Punca Kemalangan, Pemandu Myvi Dikritik Selamba Salahkan Rider [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Peti Ais Problem!” – Tular Pemandu Alphard ‘Pancung’ Mengejut Raih Kecaman Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Rider Selamba ‘Pancung’ Hingga Jadi Punca Kemalangan Buat Ramai Geram [Video]
