Axiata mohon kelulusan kerajaan Indonesia bergabung dengan PT Sinar Mas

Business & Finance
9 May 2024 • 9:33 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Axiata mohon kelulusan kerajaan Indonesia bergabung dengan PT Sinar Mas

johardy

09/05/2024 - 09:33

JAKARTA 9 Mei - Konglomerat telekomunikasi Axiata Group dan kumpulan PT Sinar Mas Indonesia telah meminta kebenaran daripada kerajaan Indonesia untuk menggabungkan unit telco mereka, kata menteri komunikasi kepada Reuters.

Penggabungan unit Indonesia yang dirancang mereka, PT XL Axiata dan PT Smartfren Telecom akan terus menyatukan syarikat dalam sektor telekomunikasi kepada hanya tiga pemain besar, kata Budi Arie Setiadi dalam satu temu bual.

image is not available
Budi Arie Setiadi

Bloomberg sebelum ini melaporkan penggabungan yang dirancang untuk mewujudkan entiti AS$3.5 (RM16.54) bilion, memetik sumber.

Budi berkata beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai nilai jangkaan bakal entiti baharu itu.

Eksekutif dari XL Axiata dan Smartfren mengadakan beberapa pertemuan dengan Budi di mana mereka menyebut rancangan penggabungan itu. - DagangNews.com

View Original Article