Axiata : Seluruh Industri Kini Sokong Kerajaan Dalam Laksana Rangkaian Borong Tunggal Untuk 5G

TechnologyDigital
8 Jul 2022 • 11:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
5G Malaysia

Kerajaan sebelum ini telah memuktamadkan pelaksanaan menggunakan model rangkaian borong tunggal untuk 5G di Malaysia. Ketika awal perkongsian perancangan tersebut, ramai yang tidak bersetuju, dan menangguhkan penyertaan dibawah DNB.

Lanjutan daripadanya, kerajaan telah menetapkan tarikh 30 Jun 2022 untuk semua menyertai dibawah DNB, disamping memberikan pegangan ekuiti DNB sebanyak 70% kepada syarikat telekomunikasi dalam menjayakan program ini.

image is not available

Pada awal Julai ini, ia telah dikongsikan semua syarikat telekomunikasi telah menyertai DNB, dan dijangka memperkenalkan khidmat 5G masing-masing dalam tempoh dua bulan lagi.

Menyentuh mengenainya, pengerusi Axiata mengatakan kini semua syarikat telekomunikasi menyokong aspirasi kerajaan dalam mempinyai Rangkaian Borong Tunggal untuk implementasi 5G di seluruh negara.

Sebanyak enam syarikat telekomunikasi telah memetarai perjanjian dengan DNB, dan kini dijangka dalam perbincangan untuk pegangan pada DNB. Apatah lagi dengan penyatuan Digi dan Celcom yang mungkin membawa kepada pegangan DNB yang melebihi syarikat telekomunikasi lain.