Ayah Haji Minta Caprice Henti Bela Agama Dengan Mengaibkan Orang Dan Pesan Ingat Mati!

21 Oct 2022 • 6:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sejak akhir-akhir ini, Caprice dilihat rancak mengulas dan mendedahkan beberapa isu yang sedang hangat dibicarakan di media sosial.

image is not available

Antara isu yang paling rancak didedahkan Caprice ketika ini adalah tentang kes pedofilia, keganasan seksual, penderaan kanak-kanak dan jenayah-jenayah lain. Dia juga telah berjumpa dengan mangsa dan mendedahkan beberapa bukti kerja jahat yang dilakukan seorang pendakwah bebas yang kini sedang dibicarakan di mahkamah.

Caprice korek rahsia individu dan dedahkan di media sosial

Tidak berhenti di situ, Caprice juga cuba menghubungi cikgu Fadli yang bakal dihentikan tugas oleh KPM tetapi tidak dilayan cikgu terbabit.

Usaha yang dilakukan Caprice ini kemudian membuatkan ramai menjadi muak kerana sering muncul dalam apa jua isu yang berlaku. Ini selepas Caprice dilihat suka mengugut dan mengorek rahsia seseorang yang kemudian disebarkan di Insta Story miliknya.

image is not available

Viral kasi Caprice….

Tampil menyuarakan pendapatnya tentang isu Caprice ini, seorang kaunselor yang dikenali sebagai Haji Mokhtar atau Ayah Haji berkongsi satu video dan ia ditujukan khas buat Caprice.

Nasihat dan pesanan Ayah Haji ini menarik perhatian ramai yang rata-rata bersetuju dan mengharapkan agar Caprice berhenti berkongsi aib seseorang.

Allah dunia akhir zaman ini. Tak sudah-sudah kita nak cari kesalahan orang dan viralkan biar orang ramai tahu. Masya-Allah.

Ini pesanan haji untuk Caprice dengan kes PU Azman pula. Haji tak nak bela siapa-siapa. Tak kata PU Azman salah atau betul tetapi Caprice tolonglah, sudah-sudahlah buat kerja macam ni. Rasulullah marah. Tak suka kepada orang yang buka aib sendiri apa lagi aib orang lain. Janganlah

Sudah-sudahlah buat kerja macam ini. Ingat mati. Kita jadi orang baik. Tak payahlah nak jadi pembela agama, pembela bangsa dengan mengaibkan orang lain.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media