“Ayah kau Man…”- Wanita meraung, kereta Proton Wira terperosok bawah treler

LocalCars
25 Mar 2024 • 4:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita meraung kecewa terhadap sikap pemandu treler yang terlibat dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan yang bertembung di hadapan sebuah kilang pengeluar kaca di Lipat Kajang, Jasin, Melaka.

Wanita meraung lihat kereta terperosok bawah treler

Dalam video tular di media sosial, jelas memaparkan seorang wanita dipercayai waris mangsa meraung disaat melihat sebuah kereta jenis Proton Wira terperosok di bawah treler.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 7.25 pagi itu, sebuah Proton Wira berwarna jingga terperosok di bawah lori treler terbabit.

Wanita itu juga meraung kepada ahli keluarganya sambil mempersoalkan cara pemanduan pemandu treler tersebut.

“Dia bawa lori macam mana Man?. Itu ayah kau lah Man, ayah kau.
“Kenapa dia bawa lori macam tu, dia tak tengok orang ke,” raung wanita berkenaan.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, salah seorang pengguna media sosial tampil menjelaskan lelaki berbaju hitam dalam video berkenaan adalah anak kepada pemandu terbabit.

Jelasnya, lelaki tersebut bukanlah pemandu lori treler, sebaliknya saksi yang kebetulan memandu bas di belakang kereta Wira kuning milik bapanya.

image is not available

Pemandu Proton Wira meninggal dunia

Memetik laporan Kosmo! Online, mangsa dikenali Ahmad Johari Mohamad Nin yang memandu kereta Proton Wira terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa berusia 48 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku selepas kereta dipandu mangsa gagal mengelak treler berkenaan yang menuju ke simpang keluar menghala ke Lipat Kajang.

“Treler yang dipandu lelaki berusia 60 tahun itu datang dari dari arah kilang kaca menuju ke jalan besar simpang keluar menghala ke Lipat Kajang.
“Setiba di lokasi kereta dipandu si mati dari arah bertentangan bagaimanapun gagal mengelak treler yang sedang keluar simpang menyebabkannya terperosok di bawah kenderaan berat itu,”katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Instagram Kosmo! Online