“Ayah Kerja Keras, Saya Tumpang Sikit Je” – Netizen Sindir Dafi Dapat Watak Dalam Filem Sebab Guna ‘Cable’ Ismail Sabri?

12 Sep 2022 • 12:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, penyanyi dan pelakon, Dafi merupakan barisan pelakon yang membintangi filem Malbatt Misi Bakara dan disebabkan itu, ramai membuat spekulasi dia mendapat watak di dalam filem berkenaan kerana merupakan anak orang ternama iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Dafi menyangkal dakwaan bahawa dia memanfaatkan status yang dipingkul oleh bapanya dan berkata memang mempunyai hubungan baik dengan pengarah filem itu, Adrian Teh.

Bekas peserta Akademi Fantasia itu juga meminta agar orang ramai tidak salah sangka terhadap dirinya dengan merasakan bahawa dia istimewa kerana merupakan anak Perdana Menteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dafi Ismail Sabri (@dafiismailsabri)

Terima kasih kepada ayah kerana bekerja keras. Saya tumpang sikit sahaja dan yang penting saya tidak meminta-minta.

Dalam pada itu, dia turut sempat meluahkan rasa syukur dan gembira sepanjang menjalani latihan kem tentera di Port Dickson sebagai persiapan untuk menjayakan filem berkenaan.

image is not available

image is not available

Biarpun sudah menjelaskan bahawa dia mendapat watak dalam filem ini tidak ada kaitan dengan Ismail Sabri, netizen seakan-akan tidak mengendahkannya.

Kebanyakkan netizen merasakan Dafi dapat membintangi di dalam filem terbabit kerana mempunyai ‘kabel’ yang kuat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Ada Masalah Keluarga, Canang Kepada Umum" - Buat Posting Berbaur Sindiran, Azhar Sulaiman Perli Siapa?