Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Suhaimi Saad yang sudahpun pergi meninggalkan kita.
Anak sulung arwah iaitu Ehmad Hadie Elfardie ketika ditemui turut meluahkan rasa syukur kerana dapat mandi dan solatkan jenazah yang juga permintaan bapanya.

Ehmad yang berusia 15 tahun itu berkata ayahnya sempat berpesan sebelum kesihatannya merosot.
Ayah pesan minta kami jaga solat dan jangan tinggal mengaji. Ayah juga pesan kalau dah tak ada nanti mandikan ayah, solatkan ayah… Alhamdulillah semua itu kita sudah selesaikan.
Reda dengan pemergian bapanya, Ehmad menerimanya sebagai qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah.
Hari-hari menjadi kenangan terindah bersama ayah ada sahaja benda yang seronok kami buat dengan ayah.
Ujarnya lagi, dia dan adik beradik sangat rapat dengan arwah bapa dan setiap hari ada sahaja aktiviti yang dilakukan bersama-sama.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.



![“Alhamdulillah Selesai” – Anak Tunai Hasrat Suhaimi Saad Untuk Mandi & Solatkan Jenazahnya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
