“Ayah Pimpin Bacaan Doa Tahlil, Tak Sangka Selesai Majlis Ayah Pula ‘Pergi’ Selamanya”

30 Dec 2024 • 12:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang imam meninggal dunia selepas selesai mengetuai bacaan doa tahlil di Masjid Al Mujahidin, Pekan Bagan Terap di Sunga Besar pada Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Khalid Mohamad berkata Sulaiman Yunan, 77, yang juga Imam Satu masjid berkenaan dilaporkan bertugas pada hari tersebut dan menjadi imam solat Maghrib kemudian mengetuai bacaan doa tahlil.

Selepas selesai, mangsa yang duduk dilihat memegang dadanya dan ketika dipangku jemaah sudah tidak sedarkan diri.

image is not available

Sementara itu, anak arwah, Nor Shahidan Sulaiman, 22, dia dimaklumkan tentang kejadian semasa berada di rumah dan diberitahu ayahnya pengsan.

Nor Shahidan berkata dia kemudian terus bergegas ke masjid dan melihat jemaah sedang melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) terhadap bapanya.

Alhamdulillah, saya sempat mengajar ayah dua kalimah syahadah dan pada masa sama kelihatan air matanya mengalir sebelum menghembuskan nafas terakhir. Tengah malam semalam jiran sebelah rumah meninggal dunia dan ayah yang memimpin bacaan doa tahlil untuknya di masjid.

image is not available

Difahamkan, arwah mempunyai penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kolesterol selama kira-kira lapan tahun dan menjalani rawatan berkala di Klinik Bagan Terap.

Rakan jemaah memaklumkan kepada polis sebelum solat Maghrib, arwah ada mengambil ubat di kantin masjid.

Jenazah Allahyarham Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Terap, jam 10.30 pagi, Ahad.

image is not available 3 months ago

Imam Masjid Maut Dalam Kemalangan Selepas Pulang Melawat Isteri Baru Bersalin Di Hospital