
Buntu masalah kewangan, ayah masukkan mayat anak ke dalam peti sejuk
Ayah Simpan Mayat Anak Dalam Peti Sejuk, Akui Tiada Duit Pengebumian. Baru-baru ini, seorang ayah di Indonesia bertindak menyimpan mayat bayinya yang baru meninggal dunia di dalam peti sejuk disebabkan tidak mempunyai wang untuk pengebumian.
Menurut laporan, dipercayai kejadian tersebut berlaku di daerah Ciledug, Kota Tangerang di Jakarta, pada Ahad lalu.
Disebabkan kesempitan hidup
Menerusi Ketua Polis Daerah Ciledug, Dorisha Suryo mengesahkan bahawa lelaki tersebut mengakui mengalami kesempitan hidup sehingga tidak mampu membayar wang untuk mengebumikan anaknya sendiri.

Disebabkan buntu dengan masalah kewangan, lelaki itu membuat keputusan untuk memasukkan mayat anaknya ke dalam peti sejuk beku untuk sementara.
“Perkara itu hanyalah sementara kerana dia menunggu untuk membuat surat kematian di daerah untuk dikebumikan,” ujarnya memetik Kompas.
Dorisha turut menyatakan bahawa lelaki tersebut melakukan perkara itu kerana sebelum ini pernah melihat pihak hospital menyimpan bayi yang meninggal dunia di dalam peti sejuk.

Ditemui 2 hari selepas kejadian
Dipercayai penduduk tempatan menemui mayat bayi tersebut di dalam peti sejuk sebelum dibawa keluar dan dikebumikan di Selapajang sekitar 11 pagi hari kejadian. Namun, tindakan seorang ayah itu diketahui dua hari selepas kejadian.
Bagaimanapun, pihak polis masih menyiasat pengakuan lelaki tersebut serta difahamkan setakat ini pihak polis hanya menerima maklumat daripada lelaki itu sahaja kerana isterinya masih dalam keadaan kritikal selepas bersalin.


