Ayam bakar guna perencah nasi goreng, mudah, sedap dan jimatkan masa

FoodCooking
4 Jan 2023 • 4:32 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

AYAM bakar salah satu menu yang tidak ditolak sesiapa. Cara memasak tanpa minyak amat menyihatkan, ayam bakar juga mempunyai aroma yang berbeza. Jom cuba resipi ini, gerenti sedap dan menjimatkan masa.

Tidak perlu renyah menyediakan bahan perapan, mengunakan perencah siap ini memudahkan para isteri menyediakan sajian lauk-pauk untuk keluarga.

image is not available

“‘Cheat way’ untuk memerap ayam dari zaman sekolah, khusus untuk orang atau keluarga yang sibuk,” kongsi pemilik resipi, Liyaw Ah Seng.

Resipi dikongsikan ini bukan sahaja ringkas bahan-bahannya, malah sesuai dijadikan stok di dalam peti sejuk.

BAHAN

Perencah nasi goreng Adabi (lebih banyak, akan bertambah sedap) [BELI DI SINI]
Madu [BELI DI SINI]
Ayam secukupnya [BELI DI SINI]

LANGKAH PENYEDIAAN

1-Satukan bahan di dalam bekas. Gaul sebati.

2-Perap ayam selama semalaman sebelum dibakar.

3-Selain menggunakan kaedah membakar biasa, anda juga boleh menggunakan air fryer. [BELI DI SINI]

image is not available

Warga maya rata-rata teruja dengan kaedah memasak mudah ini. Ada yang berkongsi boleh menggunakan perencah mihun goreng atau ikan bakar sebagai alternatif.

Serbuk cili juga boleh dimasukkan ketika proses memerap sebagai penyedap rasa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

View Original Article