Yogyakarta (nama ringkasnya, Jogya) di daerah istemewa (DIY), Selatan Pulau Jawa, Indonesia, sangat kaya dengan budaya, makanan traditional & seni yang turun-menurun dari generasi ke generasi. Kerajaan DIY secara aktif mendukung sejarah warisan kgemilangnya dan melestarikan kebudayaan dengan berbagai program, menjadikannya sebagai identiti khas yang sentiasa terpelihara. Saya mengenali Jogja semasa menghadiri persidangan dan bengkel di pusat pendidikan tinggi yang tertua di Indonesia, Universitas Gadjah Mada (UGM). Ia memiliki 1050 tenaga pengajar untuk 60,000 pelajar, menekan asas akademik yang ketat, aplikasi praktikal dan perspektif global. Jati diri UGM ialah sebagai universiti nasional terunggul dan perguruan tinggi kebudayaan. (www.jogyaprov.go.id; www.ugm.jogyakarta.ac.id)
Saya telah berpeluang menjelajahi Yogya & menyaksikan cici-ciri tradisi Jawa sekitarnya dan senyum serta keramahan masyarakat di kampung & desanya.

Oleh itu, saya dan isteri, Zarina amat teruja dapat merasakan semula suasana santai ala kampung di Jawa dengan hidangan ayam goreng ranggup dan sambal kacang tanah istimewa yang disajikan oleh Ayam Gepuk Jogya Pak Ery di Menara PjH Putrajaya. Konsep makan bersantai ini dipadankan dengan pilihan tiga tahap kepedasan sambal: Biasa, Pedas, Extra-Pedas, yang dihidangkan bersama nasi putih lembut & ayam yang sungguh enak menyelerakan.

Saya perhatikan sistem pesanan dan pengambilan makanan di restoran ini direka khusus untuk mengurangkan waktu menunggu & memastikan pelangan mendapat makanan yang segar serta panas. Di samping itu, Pak Ery mengamalkan sistem hibrid yang menggabungkan kaedah tradisional di kaunter dan teknologi digital. Pelagan boleh mengimbas kod QR di meja setibanya di meja, untuk melihat menu digital dan membuat pesanan terus ke sistem dapur.
Bagi pelanggan, seperti saya & isteri yang lebih selesa berinteraksi secara bersemuka, pesanan & pembayaran boleh dibuat di kaunter utama sebelum duduk. Selepas pembayaran selesai, kami diberikan resit bersama nombor giliran dan buzzer elektonik pintar akan memanggil kami mengambil makanan. Saya suka proses penyediaan segar iaitu ayam hanya digepuk bersama sambal sejurus pesanan diterima bagi mengekalkan kerangupan & kesegarannya.
Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
