Ayam ‘Pelangi’ Jadi Tarikan Pengunjung Ke Sarawak Agrofest Di Stadium Perpaduan Kuching

24 Sep 2023 • 3:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ayam warna warni persis pelangi?

Ayam ‘Pelangi’ Jadi Tarikan Pengunjung Ke Sarawak Agrofest Di Stadium Perpaduan Kuching. Pernahkah anda melihat anak ayam berwarna-warni persis pelangi? Jika anda ingin melihat sendiri, jangan lepaskan peluang untuk melawat Sarawak Agrofest 2023 di Dataran Perayaan Petra Jaya, yang masih berlangsung sehingga 1 Oktober ini.

Menurut laporan dari Dayak Daily, anak-anak ayam itu diwarnakan dengan menggunakan pewarna makanan yang selamat untuk dimakan.

image is not available
Ayam ‘Pelangi’ Jadi Tarikan Pengunjung Ke Sarawak Agrofest Di Stadium Perpaduan Kuching. Kredit: Dayak Daily

Difahamkan, pewarna tersebut hanya bertahan selama tujuh hari pada badan anak ayam sebelum mereka kembali kepada warna semula.

Anak ayam ini perlu berasal dari spesies yang dikenali sebagai ‘white broiler’, jika tidak perubahan warna seperti ini tidak akan berlaku.

Pewarna makanan yang selamat untuk dimakan telah disuntik melalui jarum suntikan ke dalam telur-telur yang telah dieramkan dengan embrio yang sihat.

image is not available

“Proses ini termasuk membuat lubang kecil pada telur yang sihat dan menyuntikkan pewarna menggunakan jarum suntikan tepat di sebelah luar embrio ini.

“Kemudian, kami menutup lubang yang ditusuk dengan lilin, supaya bila telur menetas, anak ayam akan muncul dengan bulu yang berwarna,” ujar salah seorang kaki tangan veterinar yang bertugas di situ.

image is not available

Dia juga menerangkan bahawa pewarnaan ini dilaksanakan oleh makmal untuk keperluan identifikasi saintifik serta kajian, sambil menekankan bahawa proses tersebut tidak membahayakan anak ayam.

Bahkan, pengunjung yang hadir ke Sarawak Agrofest kali ini teruja dengan kehadiran anak-anak ayam yang berwarna-warni ini!

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article