Ayam RM10 seekor di Sungai Tua, Jeram, Ijok, Sungai Burong hari ini

28 Aug 2024 • 7:50 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 28 OGOS: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menemui orang ramai di empat lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari, program jualan murah barangan dapur itu menawarkan ayam serendah RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Jualam sama turut menawarkan ikan kembung pada harga RM6 satu pek, minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Lokasi JER pada hari ini adalah seperti berikut:

image is not available

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

image is not available
Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 27 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI