“Ayam tak nak!”-Makcik minta YB beli anak itik buat ‘healing’

24 Feb 2024 • 9:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Permintaan seorang wanita yang mesra disapa makcik minta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem beli anak itik mendapat perhatian orang ramai, baru-baru ini.

Makcik minta YB beli anak itik

Menerusi sebuah video berdurasi dua minit, makcik berkenaan menyatakan hasratnya untuk membela itik dengan minta Mohd Noor Helmy untuk beli haiwan tersebut.

Ujar makcik tersebut, dia mahu membela itik daripada kecil hingga besar dan bukan ayam kerana nilai haiwan tersebut lebih tinggi.

“Ayam tak nak. Itik mahal. Anak itik, bela untuk ‘healing’, nak rehat-rehat tengok itu,”ujar makcik tersebut.

image is not available

Makcik tersebut menyatakan dia mahu masing-masing sepuluh ekor bagi itik telur dan itik daging, selain berseloroh mahu membela angsa.

“Dapat modal (bela itik), boleh beli angsa,”seloroh makcik itu.

image is not available

Hajat ditunaikan, YB beli anak itik

Permintaan makcik tersebut akhirnya ditunaikan dan Mohd Noor Helmy sendiri sanggup turun padang bagi menyerahkan anak itik tersebut ke rumah wanita itu.

Dia juga sempat bertanya sama ada itik yang berada di tangannya sebenarnya itik daging atau itik telur sebelum Mohd Noor Helmy berseloroh dengan menyatakan dia sendiri tidak tahu.

Beliau berkata, permintaan tersebut merupakan pertama kali diterimanya sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Saya tak pernah buat kerja ni tau makcik. Saya jadi wakil rakyat ni, orang minta bantuan, minta kebajikan. Makcik seorang sahaja minta saya itik,”katanya kepada wanita tersebut.

 

image is not available

Lebih melucukan, wanita tersebut juga berjanji untuk menamakan salah seekor itik tersebut dengan nama Noor Helmy dan mempelawa ADUN Duyong itu untuk kembali menziarahinya selepas beberapa tahun.

Tak pernah orang minta itik

Hantaran tersebut telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang turut terhibur selain memuji setelah mendengar permintaan makcik tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @mnhelmy