
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat berkata dia memilih untuk melahirkan anak keduanya dengan cara caesarean kerana mempunyai pengalaman indah semasa kali pertama.
Kata penyanyi berusia 31 tahun itu, ketika melahirkan anak pertamanya, Ana Nayla dia mempunyai memori yang indah dan semuanya dipermudah, tidak seperti yang dikatakan orang ramai.
Orang cakap czer ni lepas tu (berpantang) sakit, lepas tu susah nak jaga tetapi ia tidak. Pengalaman saya, dipermudahkan. Mungkin lain orang, lain kesannya.
View this post on Instagram
Menjengah ruangan komen, ramai wanita memberikan pendapat masing-masing dan turut berkongsi pengalaman mereka melahirkan anak.
Segelintir individu bersetuju dengan Ayda namun ramai yang meluahkan pendapat bahawa melahirkan anak secara normal paling kurang rasa sakit ketika berpantang.
Dalam pada itu, sesetengah individu berkata kebanyakan orang yang mempunyai kewangan yang stabil akan memilih hospital swasta.
Disebabkan itu, tidak hairan mereka memilih caesarean kerana ia tidak sama seperti melahirkan anak dengan cara itu di hospital kerajaan.
Dia bersalin swasta memang ler lepas bersalin tak seksa macam bersalin czer dekat gomen.
"Saya Terlupa Kejap Pesan.." - Ayda Jebat Jawab Kritikan Menari Terkinja-Kinja Ketika Hamil 7 Bulan
The post Ayda Jebat Pilih Beranak Secara Czer Sekali Lagi Sebab Pengalaman Indah Sebelum Ini – “Bersalin Swasta Memang Ler Tak Seksa” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


