Ayda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Kandungan Berusia 5 Bulan

Entertainment
25 Jul 2023 • 6:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ayda Jebat dan Nabil Mahir bersama anak mereka, Ana Nayla - gambar Instagram

Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil  anak kedua.

Berita gembira itu diumumkan penyanyi tersebut yang popular dengan lagu Pencuri Hati ketika menghadiri sidang media drama terbarunya di Kuala Lumpur sebentar tadi. 

Ayda atau nama sebenarnya  Nur Suhada Jebat, 31, turut memuatnaik video kejutan tentang kehamilannya kepada suami, Nabil Mahir di Instagram.

Menurut Ayda, video itu telah dirakam pada pagi 1 Syawal yang lalu.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

"Alhamdulillah  dengan kerjasama kami bersama dan izin Allah, saya kini sedang hamil lima bulan.

"Minta semua doakan Ayda dan kandungan sentiasa sihat. Terima kasih dan sayang semua," tulisnya. 

Sementara itu di bahagian komen, ramai rakan artis dan peminat tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepadanya dan Nabil. 

Ayda dan Nabil sebelum ini telah memiliki cahaya mata perempuan bernama Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September 2021.

Tahniah diucapkan kepada Ayda dan Nabil. Semoga kandungan berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan urusan melahirkan. - Getaran, 25 Julai 2023.