Ayie Floor 88, Ariff Bahran Kini Bergelar Bapa

24 Jul 2022 • 2:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ayie Ilham, vokalis kumpulan Floor 88 bergelar bapa pada usia muda. - Gambar Instagram

Nampaknya minggu ini industri hiburan tanah air diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung  daripada  dua penyanyi muda iaitu Ayie Ilham yang merupakan vokalis kumpulan Floor 88 dan Ariff Bahran.

Isteri Ayie iaitu Tasha telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.18-kilogram pada Jumaat lalu. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Tuan Nicky (@ayieelhamf88)

“Alhamdulillah. Sesungguhnya tiada yang berkuasa melainkan Allah SWT. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah atas kelahiran Puteri sulung kami. 

“Semoga Kau berikan kesembuhan yang cepat kepada isteri ku. Terima kasih, famili, rakan-rakan dan semua yang mendoakannya. MasyaAllah,” tulis Ayie di hantaran terbarunya di Instagram.

Ayie juga telah mewujudkan akaun Instagram khas untuk anak mereka dengan nama @aetajunior. Sehingga kini akaun ini telah diikuti oleh 12.9 ribu pengikut. 

image is not available
Ariff Bahran mendakap erat bayi sulungnya. - Gambar Instagram

Sementara itu, Ariff Bahran pula dianugerahkan cahaya mata lelaki selepas isterinya yang dikenali sebagai Myra selamat melahirkan bayi sulung mereka pada pukul 3.32 pagi tadi.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Ariff Bahran (@ariffbahran)

“Alhamdulillah. Kami sangat bangga dengan kamu wahai anak,” tulisnya di bahagian kapsyen dalam hantaran terbaru di akaun Instagram. 

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua penyanyi muda. Semoga dengan kehadiran cahaya mata sulung ini dapat menceriakan kehidupan kalian sekeluarga. Selamat berjaga malam! – Getaran, 24 Julai 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved